CARTA ORGANISASI JKK
KAMPUNG SAMARIANG BATU 2024~2025






Monday, April 18, 2022

2. PERANAN JKKK

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK adalah sebuah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sejajar dengan pembangunan negara.
Kebajikan sosial dan masyarakat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan yang disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik.
Objektifnya adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan yang serba lengkap dari segi keperluan asas. Ini akan dijalankan menerusi pembangunan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.

JKKK yang telah dibentuk perlu membuat perancangan kemajuan kampung dengan mewujudkan pelan tindakan pembangunan berdasarkan kepada keperluan penduduk mengikut keutamaan.


TANGGUNGJAWAB JKKK
  1. Merancang projek untuk faedah masyarakat kampung
  2. Membangunkan dan menjalankan projek yang memupuk semangat bergotong-royong dengan jabatan kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).
  3. Sebagai orang tengah di antara masyarakat kampung dengan pihak jabatan kerajaan dan NGO.
  4. Menjalankan kaedah tertentu untuk memilih setiausaha dan ahli jawatankuasa keciI yang lain
  5. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali
  6. JKKK perlu memastikan aspek keselamatan kampung terhadap elemen-elemen negatif seperti dadah, pendatang tanpa izin, subversif dan sebagainya.

FUNGSI UTAMA
  1. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pembangunan kampung ke arah mewujudkan kampung yang maju, menarik dan menguntungkan.
  2. Mengurus kemajuan dan keselamatan kampung bagi membentuk kampung yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.
  3. Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu melalui penyertaan aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ke arah melahirkan masyarakat yang progresif dan mengamalkan nilai- nilai murni serta mendukung dasar-dasar harapan kerajaan.
  4. Menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan mengambil tindakan mengenai arahan-arahan kerajaan.
  5. Menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.
  6. Berusaha meningkatkan kerjasama penduduk kampung dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.
  7. Memupuk, menggalak serta meningkatkan semangat bekerja, bermuafakat, persefahaman dan tolong-menolong di kalangan masyarakat.
  8. Menggalakan penduduk kampung menjaga kebersihan persekitaran dan kemudahan awam melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
  9. Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk kampung.
  10. Membantu agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan undang-undang mencegah wabak penyakit berjangkit.
  11. Memberikan sokongan untuk mendapat khidmat nasihat dari jabatan-jabatan berkaitan berhubung usaha untuk memajukan tanah kampung.
  12. Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk menjaga dan menghargai semua harta atau kemudahan awam.

Seorang JKKK mestilah mempunyai sifat-sifat terpuji yang akan memberi contoh teladan yang baik kepada penduduk setempat.

Monday, April 4, 2022

1. JKKK ~ Sidang Mesyuarat Kali ke-3

Mesyuarat kali ke-3 JKKK KASBA telah berlansung pada hari Khamis 31hb March 2022, jam 09:00 malam bertempat di kediaman KK KASBA.

Muqaddimah mesyuarat dari Pengerusi selaku KK Hj Suut Bin Hj Rambili mengalu-alukan kedatangan AJK-AJK dan mengemas-kini isu semasa yang beliau terima dari Pejabat Daerah, dan teguran yang membina untuk AJK Sesi 2022-23 untuk terus melangkah kehadapan.

Setelah pengesahan minit mesyuarat yang bersiri MM/JKKK/KASBA-002, maka perbincangan Mesyuarat 03
dimulakan oleh Setiausaha dengan pengenalan Ketua Zon 1 yang baru iaitu Hj Tada dan disusuli dengan usul penubuhan biro tambahan iaitu Biro Audit Dalaman/Penerangan dan Biro Tugas-Tugas Khas.

Manakala agenda mesyuarat ke-3 adalah Isu Sampah, Tong Sampah dan sikap Warga di Zon 8, isu tanah di zon 7 Sungei Manok, aktiviti~aktiviti Kemasyarakatan JKKK di bulan Ramadan dan Persediaan Hari Raya untuk ASNAF dan perkara-perkara lain.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10:30 malam dan akan mengadakan mesyuarat pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.
CARTA ORGANISASI JKK
KAMPUNG SAMARIANG BATU 22~23